Meninggal dunia Rajesh_Khanna

Pada 18 Julai 2012, Rajesh Khanna meninggal dunia. Jenazahnya dibakar mengikut amalan agama Hindu di India. Jasadnya telah dibawa keluar dari kediamannya dan diletakkan di atas sebuah treler bersama “selimut” yang terdiri daripada kuntuman-kuntuman bunga. Jasadnya telah dibakar mengikut tradisi agama Hindu di pinggir bandar Juhu dalam satu majlis tertutup yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah isteri, dua anaknya dan menantunya Akshay Kumar.

Akhbar melaporkan beliau sakit sejak April 2012 dan menghidap penyakit yang tidak diketahui tetapi dipercayai kanser. Beliau meninggal dunia di rumah keluarganya di Aashirwad di Mumbai selepas keluar dari Hospital Lilavati di Mumbai . [3]